Home
»
UMUM
»
KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA
KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA
SEMUA MESTI BACA :
Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota
keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya
kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa
dirahsiakan atas permintaan
Saya terlebih dahulu memohon maaf
kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun
saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada
semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang
didakwa sesetengah pihak.
Saya
juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara
yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan
semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin
..
Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu
tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan
Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak
beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan
menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.
Dia
menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden
Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas
seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati
ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut
mayat dengan parang.
Ada anggota yang telah mati dipotong kaki
dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu.
Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu
perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib
kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang
kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang
anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam
dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering.
Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung
luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air
hujan itu.
Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang
hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat
menggerakkan tangannya itu.
Air matanya berlinangan. Dia tidak
akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan
melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka
terlalu zalim !!
Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb .
# Sebagai tanda TERIMA KASIH kita kepada anggota keselamatan yang
sanggup menggadaikan nyawa demi keselamatan kita semua , sama-samalah
kita SHARE / KONGSI artikel ini agar semua masyarakat mengerti akan
betapa besarnya pengorbanan tentera & polis . Jom SHARE/ KONGSI !!
0 komentar:
Posting Komentar
Mohon beri komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada.
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan dihapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter